ANGGOTA polis membawa tertuduh di Mahkamah Majistret Balik Pulau pada 6 November lalu atas kesalahan membunuh pelajar perempuan. FOTO fail NSTP Amir Irsyad Omar
Oleh Hadzlihady Hassan


Georgetown: Lelaki didakwa membunuh pelajar tingkatan lima yang mayatnya ditemui dalam bilik di rumahnya di Teluk Kumbar, Balik Pulau, dekat sini, turut akan dituduh kerana merogol.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Zakaria Ahmad berkata, siasatan mendapati selain merogol dan membunuh pelajar berkenaan, suspek turut disyaki terbabit dalam satu kes rogol terhadap kerani syarikat swasta pada 8 Oktober lalu.

Menurutnya, ketika siasatan suspek mengaku merogol kerani terbabit dalam bilik tidur di rumahnya di Teluk Kumbar.

"Mangsa dapat mengecam suspek melalui suaranya kerana kejadian berlaku dalam biliknya yang gelap.

"Setakat ini, kita masih menunggu laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan akan menuduh suspek bagi kes rogol dalam masa terdekat," katanya ketika sidang media di pejabatnya, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 November 2015 @ 12:37 PM
Skip this ad x