FOTO Yazit Razali
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin


Georgetown: Jabatan Kesihatan negeri akan melaksanakan tindakan penguat kuasaan terhadap penghisap 'vape' sekiranya dikesan merokok di kawasan yang diwartakan sebagai Zon Bebas Asap Rokok.

Pengarahnya, Datuk Dr Zailan Adnan berkata, tindakan penguat kuasaan itu akan dikenakan selepas kerajaan menetapkan satu peruntukan undang-undang khas sepertimana tindakan undang-undang dikenakan ke atas perokok.

Beliau berkata, jika dilihat tabiat menghisap 'vape' sama seperti merokok dan sebagai langkah awal Jabatan Kesihatan negeri akan melaksanakan tindakan penguatkuasaan dengan mendidik mereka terlebih dahulu.

Katanya, tindakan menghisap 'vape' di kawasan zon bebas asap rokok adalah dilarang sama sekali kerana mereka perlu mematuhi arahan dan menghormati keadaan sekeliling termasuk zon kawasan yang diwartakan sebagai ZonBebas Asap Rokok di negeri ini.

"Setakat ini enam taman rekreasi dan kawasan tapak Warisan Dunia Georgetown diwartakan sebagai kawasan ZonBebas Asap Rokok dan kawasan Pantai Jerejak akan juga diwartakan pada tahun hadapan," katanya ketika melancarkan Promosi Kempen Pulau Pinang Bebas Asap Rokok Bersama Rapid Penang di Jeti Swettenham, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 November 2015 @ 1:04 PM