Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menjadi Gabenor BNM sejak Mei 2000. - Foto YAZIT RAZALI
Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menjadi Gabenor BNM sejak Mei 2000. - Foto YAZIT RAZALI

Kuala lumpur: Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata pengganti beliau akan dikenal pasti menjelang akhir Januari kerana penggal perkhidmatannya tamat pada April tahun depan.

"Kami (Bank Negara) mempunyai pelan penggantian, lima tahap ke depan. Ini mencerminkan kemantapan bank. Dan saya percaya kami mempunyai calon untuk ganti menjadi gabenor.

"Saya akan galakkan jawatankuasa tadbir urus melaksana dan menyelesaikan isu ini sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum pelantikan itu (gabenor)," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan prestasi ekonomi suku ketiga negara di sini, hari ini.

Zeti ditanya mengenai pelan pengganti dan bila gabenor baharu akan diumumkan BNM.

Beliau berkata, jawatankuasa tadbir urus bank pusat itu akan mengkaji semua kelayakan seseorang calon sebelum melantik gabenor berdasarkan kriteria yang ditetapkan Akta Bank Pusat 2009 yang gabenor memerlukan latar belakang dan kelayakan tertentu.

Zeti dilantik Gabenor BNM pada Mei 2000 dan menjadi wanita pertama memegang jawatan berkenaan. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 November 2015 @ 10:15 PM