Fazura tiada rasa benci atau marah kepada sesiapa.
Oleh Shakilawati Abd Rahman


Dia pernah ditawarkan watak utama filem Istanbul Aku Datang namun digantikan oleh Lisa Surihani. Lakonan dalam filem terbitan Red Film Sdn Bhd itu membawa tuah kepada Lisa apabila menang dua anugerah dan terbaru, Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-26.

Ternyata Nur Fazura Sharifuddin atau Fazura, 31, tidak pernah ralat menolak tawaran itu tetapi pengarahnya, Bernard Chauly tidak pernah putus asa lalu menawarkan watak utama dalam filem terbarunya, Manisnya Cinta Di Cappadocia.

Bagi mengheret Fazura supaya setuju berlakon, Bernard sanggup buat watak itu untuk Fazura kerana sedar sebab ditolak sebelum ini kerana watak itu pernah dijayakannya sebelum ini.

Menyedari Fazura sentiasa ­inginkan kelainan, Bernard cipta watak Ifti Liyana. Penampilan Fazura lebih matang dalam filem adapatasi novel laris berjudul sama tulisan Anis Anuyi.

Ia bakal menemui penonton pada 11 Disember depan turut membariskan ramai nama besar, termasuk Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Rafidah Abdullah, Faizal Hussein, Fauziah Ahmad Daud dan Sharifah Eja.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 November 2014 @ 5:01 AM