MARIANI turut diziarahi bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Tan Sri Rais Yatim ketika menerima rawatan.

Seniwati Mariani Ismail, 81, antara pelakon lama yang masih aktif dalam seni dan sebelum ini tidak dengar pula kakak Biduan Negara Allahyarham Puan Sri Saloma ini menghidap penyakit.

Bagaimanapun, berita Mariani dimasukkan ke Hospital Sentosa Kuala Lumpur awal pagi 4 No-vember lalu, mengejutkan peminat.

Mariani atau nama sebenar-nya Mariam Ismail dimasukkan ke hospital selepas muntah-muntah dan sakit perut dan menjalani rawatan selama seminggu di sana.

Panggilan telefon dari Mariani, Selalu lalu, ternyata mahu berkongsi berita gembira me-ngenai dirinya dibenarkan keluar hospital dan kini berehat di rumah.

Katanya, dia ingin meminta jasa baik media untuk menyampaikan ucapan terima kasihnya atas layanan baik daripada dok-tor dan kakitangan hospital itu, terutama Dr Siva, Dr Thein dan Dr Rahimah.

"Alhamdulillah, keadaan saya baik dan kini saya dinasihatkan banyak berehat. Doktor juga meminta saya merujuk kepada satu hospital swasta untuk rawatan lanjut," katanya.

Dalam usianya itu, Mariani bukan saja masih aktif berlakon, malah sebelum ini lebih senang hidup berdikari. Faktor usia dan kesibukan berlakon menyebabkan makan minumnya tidak teratur hingga penyakit pun datang.

Sebelum ini Mariani mengalami sakit-sakit biasa dan juga darah tinggi. Dia bersyukur dikelilingi anak di Kuala Lumpur dan sejak dimasukkan ke hospital, anaknya yang tinggal di Singapura juga datang menjaganya. Mariani mempunyai 13 anak hasil tiga perkahwinan.

Bagi Melissa Saila, walaupun ibunya lebih suka berdikari dan tinggal berasingan, sebagai anak, mereka tidak pernah lupa tanggungjawab masing-masing.

Mereka juga rapat dan anak yang tinggal di Kuala Lumpur sentiasa berhubung melalui telefon dan hujung minggu berkumpul bersama jika tiada penggambaran drama atau filem.

Bagaimanapun, Melissa tidak mahu berkongsi dengan umum buat masa ini mengenai penyakit ibunya. Apa yang penting baginya kini mahu ibunya berehat dan dan menjaga pemakanannya supaya cepat sembuh.

Katanya, umum tahu ibunya dimasukkan ke hospital tetapi dia tidak perlu mendedahkan pe-nyakit ibunya. Malah, dia kesal kerana pelbagai cerita timbul apabila ibunya dimasukkan ke hospital hingga dikatakan menjalani pembedahan.

Katanya, ibunya kini dijaga kakaknya, Sasha dan keadaannya kini makin baik. Mereka juga membawa ibunya menjalani pemeriksaan susulan dengan doktor pakar di hospital swasta sebagaimana disarankan Dr Siva.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 November 2014 @ 5:02 AM