Tze Liang dan Fatin dinobatkan sebagai Olimpian Lelaki dan Wanita 2015 Majlis Olimpik Malaysia. FOTO Owee Ah Chun
Tze Liang dan Fatin dinobatkan sebagai Olimpian Lelaki dan Wanita 2015 Majlis Olimpik Malaysia. FOTO Owee Ah Chun
Oleh Azlan Muhammad Zain


Kuala Lumpur: Penerjun Ooi Tze Liang dan pemanah Fatin Nurfatehah Mat Salleh dinobatkan sebagai Olimpian Lelaki dan Wanita 2015 Majlis Olimpik Malaysia (MOM) hari ini.

Tze Liang mengumpul empat emas, manakala Fatin Nurfatehah meraih tiga emas di Sukan SEA Singapura pada Jun lalu.

Turut disenarai pendek dalam kategori lelaki adalah atlet tenpin bowling Muhammad Rafiq Ismail selain Farah Ann Abdul Hadi (gimnastik) dan Aaliyah Yoong Hanifah (luncur air) dalam kategori wanita.

Penerima anugerah itu masing-masing membawa pulang RM10,000 dan pingat khas oleh penaja Coca-Cola yang disampaikan oleh Presiden MOM, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 November 2015 @ 7:55 PM