Anggota bomba mengangkat mayat Mohd Nazmin, semalam. FOTO ihsan bomba
Anggota bomba mengangkat mayat Mohd Nazmin, semalam. FOTO ihsan bomba
Oleh Zaid Salim


Besut: Remaja lelaki berusia 18 tahun ditemui lemas selepas mandi bersama tiga rakannya di Sungai Pelagat, Jertih, di sini, 6.15 petang semalam.

Mohd Nazmin Mohd Nawi dari Kampung Raja, di sini, ditemui anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jertih di dasar sungai berhampiran rumah pam.

Pegawai Kanan Penguasa Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Abdullah Zawawi Mohamed berkata, operasi mencari dan menyelamat dilakukan anggota BBP Jerteh diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mohd Saiful Fitri Ali bersama lima anggota.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat juga dilakukan dengan bantuan penduduk setempat sebelum mangsa ditemui di dasar sungai sedalam lebih dua meter.

"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada ppolis sebelum dibawa ke Hospital Besut untuk proses bedah siasat dan tindakan selanjutnya, " katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 November 2015 @ 12:56 PM