Putri Mardiana dan Shahrizam masing-masing didenda RM3,000 selepas mengaku salah terhadap pertuduhan berkhalwat, tahun lalu. FOTO Abdullah Yusof
Putri Mardiana dan Shahrizam masing-masing didenda RM3,000 selepas mengaku salah terhadap pertuduhan berkhalwat, tahun lalu. FOTO Abdullah Yusof
Oleh Nor Azura Abdul Jalil


Kuala Lumpur: Pelakon, Putri Mardiana Zainal Abidin, 34, dan pasangannya Shahrizam Abdullah, 31, masing-masing didenda RM3,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur selepas mengaku salah terhadap pertuduhan berkhalwat, tahun lalu.

Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin turut memerintahkan kedua-dua tertuduh dipenjara tujuh hari sekiranya gagal membayar denda. Mereka membayar denda itu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di premis kediaman beralamat C-05-08 Jalan UP 1/1D Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang pada jam 3.03 pagi, 14 Disember 2014.

Dakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 29(1)A dan B Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 November 2015 @ 5:24 PM