Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur : Perhimpunan pemandu teksi di Padang Merbok, di sini, terkawal dan tiada kekecohan.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Law Hong Soon berkata, pemandu teksi terbabit hanya menunjukkan protes dengan membawa beberapa sepanduk.

"Bagaimanapun, polis sudah mengenal pasti penganjur perhimpunan terbabit untuk diambil tindakan.

"Undang-undang sangat jelas,mereka perlu mendapat kelulusan daripada tuan punya tempat terlebih dahulu untuk menganjurkan sebarang aktiviti," katanya selepas Majlis Perasmian Kaunter dan Bilik Triaj Balai Polis Pantai di sini, hari ini.

Sementara itu, peserta perhimpunan pemandu teksi itu kembali ke Padang Merbok selepas sejam berkumpul di depan Parlimen dan serah memorandum kepada wakil pembangkang

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 November 2015 @ 12:52 PM
Peserta perhimpunan meninggalkan Jalan Parlimen. FOTO Rizanizam Abdul Hamid