PUSAT pemindahan banjir SK Changkat Jong. FOTO ihsan bomba
PUSAT pemindahan banjir SK Changkat Jong. FOTO ihsan bomba
KEADAAN banjir di sekitar Changkat Jong. FOTO ihsan bomba
KEADAAN banjir di sekitar Changkat Jong. FOTO ihsan bomba
KEADAAN banjir di sekitar Changkat Jong. FOTO ihsan bomba
KEADAAN banjir di sekitar Changkat Jong. FOTO ihsan bomba
Oleh Balqis Jazimah Zahari


Ipoh: Seramai 242 mangsa banjir daripada 58 keluarga ditempatkan di empat pusat pemindahan di empat daerah iaitu Hilir Perak, Parit, Manjung dan Kerian selepas kediaman mereka dinaiki air sejak semalam dan pagi ini.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, setakat 2 petang tadi, dua lagi pusat pemindahan dibuka hari ini iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong di Hilir Perak dan Surau Nurul Jannah Kampung Parit 6, Parit.

Katanya, semalam dua pusat pemindahan sudah dibuka iaitu di Sekolah Agama Rakyat Kampung Padang Serai, Manjung dan SK Changkat Lobak di Kerian.

"Banjir berlaku di empat kawasan di Changkat Jong, Teluk Intan iaitu Kampung Mesra, Kampung Baru Batu 8, Lorong Kedah Batu 9 dan Kampung Batu 8, hingga menyebabkan seramai 106 orang daripada 25 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan di SK Changkat Jong.

"Pusat pemindahan di Parit pula menempatkan 55 orang daripada 11 keluarga," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, katanya, dua pusat iaitu Sekolah Agama Rakyat Kampung Padang Serai, Manjung membabitkan 37 mangsa daripada 11 keluarga, manakala 44 orang daripada 11 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan di SK Changkat Lobak Kerian yang dibuka semalam.

"Paras air di Manjung dan Kerian adalah 0.2 m dan 0.3, air semakin surut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 November 2015 @ 3:18 PM