KEPUTUSAN UPSRA JAWI diumumkan. FOTO Mohd Hasbi Sidek
Oleh Mohd Hasbi Sidek

Kuala Lumpur:Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) peringkat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) 2015 mencatatkan peningkatan peratus kelulusan semua mata pelajaran berbanding 2014.

Peratus murid yang mendapat semua A dalam mata pelajaran juga meningkat.

Pengarah JAWI Paimuzi Yahya berkata, peratus kelulusan semua mata pelajaran meningkat sebanyak 0.1 peratus berbanding 2014.

"Murid yang mencapai semua A pada tahun ini mencatatkan 15.56 peratus berbanding 2014 sebanyak 12.5 peratus.

"Mata pelajaran al-Quran mencatatkan keputusan 100 peratus lulus," katanya ketika pengumuman UPSRA JAWI 2015, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 November 2015 @ 4:32 PM