Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Pesakit mental yang memukul bapanya hingga mati di Kampung Baru Hujung Repek, Bachok semalam didakwa dalam prosiding yang dijalankan di Wad 3 Mahsuri, Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini, hari ini.

Tertuduh Mohd Al Namin Yasa, 32, didakwa membunuh Yasa Muda, 71, di rumah di kampung berkenaan, pada 5 pagi semalam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Tiada pengakuan direkodkan dalam prosiding itu dan Majistret Mohamad Nasrudin Mohamed memerintahkan tertuduh menjalani pemeriksaan di Hospital Bahagia Permai, Johor Bahru.

Kes disebut semula 30 Disember ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad ketika dihubungi berkata, tertuduh akan di dihantar ke Johor, pagi esok.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 November 2015 @ 3:49 PM
ANGGOTA polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian, semalam. FOTO ihsan pembaca
ANGGOTA polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian, semalam. FOTO ihsan pembaca