SEDUTAN rakaman kamera keselamatan menunjukkan Smith menendang Hackney hingga jatuh dari tangga.
Agensi

Stoke-on-Trent, Britain: Seorang lelaki dihukum penjara empat tahun oleh sebuah mahkamah di sini selepas mengaku bersalah menendang seorang lelaki kurang upaya (OKU) sehingga jatuh dari tangga.

Dean Smith, 46, mengaku bersalah mencederakan Gary Hackney, 60, sebelum mencuri telefon mangsa dalam satu kejadian di sebuah pasar raya, di sini baru-baru ini.

Smith ditangkap selepas kamera keselamatan di pasar raya berkenaan merakam aksinya menendang Hackney sehingga menyebabkan lelaki itu jatuh.

Dalam rakaman kamera itu, Hackney dilihat berdiri di atas tangga sebelum dia dihampiri Smith.

Smith berkata sesuatu kepada Hackney yang berdiri menggunakan tongkat, tetapi tidak diendahkan lelaki itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 November 2015 @ 5:30 AM