Surabaya: Polis menangkap seorang guru sekolah rendah di Gubeng di sini selepas dia mengaku mencabul enam murid.

Guru berkenaan, Riadi, 55, dalam pengakuannya ketika disoal siasat berkata, dia bertindak demikian kerana ingin mencari kepuasan seksual.

“Suspek mengaku tidak puas menjalinkan hubungan dengan isterinya. Dia lebih tertarik dengan kanak-kanak bawah usia,” kata jurucakap polis Surabaya, Sumaryono, semalam.

Riadi yang mengajar subjek kesenian ditangkap di pelabat pelajaran Kota Surabaya selepas polis menerima laporan daripada beberapa ibu bapa muridnya.

Selain itu, polis juga mengambil keterangan enam murid berkenaan yang semuanya mengaku pernah dicabul oleh Riadi.

Guru berkenaan yang berdepan dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun, kini ditahan di balai polis Surabaya untuk siasatan lanjut sebelum dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan berkait dengan Undang-Undang Perlindungan Anak. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 November 2014 @ 5:06 AM