YASMIN Mahmood.
YASMIN Mahmood.
Oleh Afiq Hanif


Apakah yang dilakukan sekiranya anda mempunyai capaian Internet? Sekadar bersosial atau menjadikannya lubuk duit?

Bayangkan program seperti e-Usahawan yang diselia Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia (MDeC) berupaya mendedahkan teknik digital sebenar yang mampu mengubah hidup anda buat selama-lamanya.

Ia sekali gus memberi kuasa mikro-perusahaan untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti perniagaan dengan meningkatkan kemahiran keusahawanan mereka melalui kaedah digital.

Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Datuk Yasmin Mahmood berkata, bagi program e-Usahawan itu, MDeC dan institusi latihan teknik dan vokasional (TVET) seperti institusi di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti menerapkan pemasaran digital sebagai modul dalam kurikulum mereka.

Di peringkat komuniti, program perintis e-Usahawan yang bermula di Jeli, Kelantan sejak Mei 2015 dilaporkan berjaya mengubah lebih 50 peratus daripada 200 usahawan mikro terlatih memperoleh pendapatan tambahan antara RM300 hingga RM10,000.

“Bagi e-Usahawan, kita berminat bekerjasama dengan kerajaan untuk meningkatkan dan mendidik usahawan digital pada masa depan yang dapat menjana kekayaan negara dengan mengambil kesempatan daripada permintaan berterusan untuk produk dan perkhidmatan digital,” katanya.

Dalam temu ramahnya dengan [email protected], Yasmin memaklumkan empat projek perintis e-Usahawan di Jeli menampakkan hasil mengagumkan yang mengubah jati diri golongan muda terhadap perniagaan dan teknologi.

“Kami mengambil pendekatan berbeza apabila mendekati pelajar TVET yang lebih kepada latihan praktikal berbanding teori semata-mata,” kata Yasmin.

MDeC menganjurkan Persidangan Daya e-Usahawan yang berlangsung di Kuala Lumpur, hari ini.

Ulasnya, dengan bantuan pengajaran bersifat praktikal itu, hubungan antara usahawan dan teknologi berjaya diserapkan secara bersepadu dan mudah difahami pelajar yang menarik minat mereka dalam kerjaya baru.

“Kalau dulu Internet sekadar tempat untuk bersosial, ia kini digunakan untuk memajukan diri melalui perniagaan,” katanya.

Pada tahun 2020, sasaran program untuk menyepadukan modul e-Usahawan di 13 institusi TVET dengan 150,000 graduan TVET mempunyai kehadiran online dan 50,000 graduan TVET yang akan mendapatkan tambahan 20 peratus pendapatan purata mereka.

Di peringkat komuniti, program perintis e-Usahawan bermula di Jeli, Kelantan sejak Mei 2015 dilaporkan berjaya mengubah lebih 50 peratus daripada 200 usahawan mikro terlatih memperoleh pendapatan tambahan antara RM300 hingga RM10,000.

MDeC baru-baru ini memperoleh peruntukan RM100 juta dalam Bajet 2016 untuk dua inisiatif iaitu e-Rezeki dan e-Usahawan yang akan memberi manfaat kepada kumpulan 40 peratus berpendapatan terendah (B40) seramai 100,000 orang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 November 2015 @ 10:04 AM