ANGGOTA Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) ketika sidang media. FOTO Ghazali Kori
Oleh Norizuan Shamsuddin


Kuala Lumpur: Taktik dua penyeludup warga asing menyorok dadah bernilai RM2 juta di bahagian dalam alatan sukan pintar Skuter Elekrik Dua Roda (Smart Balance Wheel) terbongkar apabila dicekup oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman di Kajang, kelmarin

Dalam kejadian 1.20 petang itu, JSJN merampas 10.2 kilogram dadah jenis syabu hasil penangkapan dua lelaki berusia 32 dan 37 tahun terbabit

Pengarah JSJN Bukit Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, tangkapan dilakukan menerusi dua serbuan di sekitar Kajang, Selangor.

Katanya, hasil serbuan terbabit pihaknya menahan warganegara Republik De Guinee dan Nigeria

"Serbuan pertama kita menahan warga Republik De Guinee dan hasil pemeriksaan terhadap kenderaan mendapati terdapat 10 Skuter Elektrik Dua Roda .

Hasil pemeriksaan terhadap peralatan sukan berkenaan, pihak polis berjaya menemui dadah yang disyaki syabu di dalam alat terbabit.

"Susulan itu, kita turut menyerbu kediamannya di Taman Sepakat Indah, Kajang dan menahan rakannya warganegara Nigeria.

"Dua suspek terbabit direman selama tujuh hari sehingga 30 November ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 November 2015 @ 4:00 PM