Oleh Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei mengaku dia kini memerlukan dua jurulatih untuk mengiringinya pada sesuatu kejohanan termasuk Sukan Olimpik tahun depan berbanding hanya seorang ketika ini.

Tegas Chong Wei, penambahan jurulatih itu amat diperlukan kerana selain menganalisa corak permainannya, mereka juga perlu menganalisis lawan yang bukan sekadar membabitkan jaguh China Lin Dan serta Chen Long.

Justeru, Chong Wei berharap Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dapat menyegerakan usaha menambah seorang jurulatih lagi bagi membantunya serta pemain perseorangan lain menghadapi kejohanan penting tahun depan.

Ketika ini, badan induk itu hanya mempunyai dua jurulatih perseorangan - Hendrawan serta Tey Seu Bock.

“Sekarang saya hanya dapat khidmat seorang jurulatih. Jika Hendrawan pergi, Seu Bock pula tidak.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 November 2015 @ 7:31 AM