Oleh Syazwan Msar

Bangi: Kira-kira 85 peratus iaitu 842 daripada 990 aduan salah laku yang diterima Suruhanjaya Integriti Penguatkuasa (EAIC) untuk empat tahun membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengerusi EAIC, Datuk Yaacob Md Sam, berkata pihaknya turut menerima aduan orang ramai berkaitan anggota atau pegawai penguat kuasa agensi lain yang didapati melakukan kesalahan iaitu tidak mengikuti prosedur.

Beliau berkata, PDRM mencatatkan jumlah aduan tertinggi berikutan paling rapat selain sering berurusan dengan orang ramai menyebabkan EAIC kerap menerima maklum balas berkaitan anggota atau pegawai mereka.

"Aduan yang sering kita terima adalah laporan orang ramai tiada tindakan lanjut atau perkembangan siasatan yang dilaksanakan tidak dimaklumkan kepada pengadu sekali gus didapati melanggar standard operasi yang ditetapkan agensi masing-masing.

"EAIC merekodkan 18 aduan diterima pada 2011, 357 untuk 2012, 306 (2013), 309 (2014) dan 262 aduan sehingga Oktober 2015," katanya, dalam sidang media pada Majlis Dialog EAIC bersama badan bukan kerajaan(NGO) dan media, di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 November 2015 @ 3:28 PM
Digital NSTP Subscribe