OLDBURY tawarkan pengalaman unik untuk peminat Star Wars.
OLDBURY tawarkan pengalaman unik untuk peminat Star Wars.
KOLEKSI yang dihimpunkan selama bertahun-tahun.
KOLEKSI yang dihimpunkan selama bertahun-tahun.
TATU watak Obi-Wan Kenobe.
TATU watak Obi-Wan Kenobe.
ANTARA hiasan dalam bilik tidur ditawarkan untuk tetamu.
ANTARA hiasan dalam bilik tidur ditawarkan untuk tetamu.
BERMALAM di rumah Oldbury pasti impian peminat Star Wars.
BERMALAM di rumah Oldbury pasti impian peminat Star Wars.
OLDBURY mengaku menghabiskan RM976,000 untuk koleksinya itu.
OLDBURY mengaku menghabiskan RM976,000 untuk koleksinya itu.

Seorang peminat tegar filem fiksyen sains Star Wars menawarkan orang ramai peluang bermalam di rumahnya yang tidak ubah seperti muzium memperingati kisah berkenaan.

Dave Oldbury, 46, yang juga posmen mengaku menghabiskan sekitar £150,000 (RM976,000) untuk koleksi Star Wars dimiliki, termasuk patung aksi, buku dan ‘Storm Trooper’ bersaiz manusia.

Dia juga berjaya menghimpunkan autograf hampir 9,000 pelakon dan krew penggambaran selepas sanggup mengembara seluruh dunia ‘memburu’ bintang-bintang filem itu, termasuk Sir Alec Guinness yang memainkan watak asal Obi-Wan Kenobi pada 1970-an.

Badannya juga dipenuhi tatu Obi-Wan serta Darth Vader. Malah, garaj di rumahnya dipenuhi lebih 500 patung dari filem berkenaan.

Oldbury menawarkan peminat tegar lain menginap di rumahnya dengan harga £35 (RM228) melalui laman web Homestay.com menjelang penayangan filem terbaru dalam siri itu, Star Wars: The Force Awakens di United Kingdom.

Dia meletakkan beberapa syarat untuk penginap termasuk hanya menggunakan pedang ‘lightsaber’ di luar rumah saja dan menutup satu laluan untuk kegunaan awam.

“Saya menjadi peminat francais Star Wars ketika masih di bangku sekolah selepas menonton filem petama pada 1977 ketika berusia lapan tahun. Sejak itu, saya mengembara seluruh dunia untuk mencari pelakon daripada semua filem dalam siri itu.

“Saya gembira dapat menemui pelakon kegemaran saya dari filem berkenaan dan mempunyai banyak kisah untuk dikongsikan bersama sesiapa saja yang berminat mendengarnya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 November 2015 @ 5:00 AM