AIS krim Magnum White Almond mewah dengan coklat Belgium putih dan hirisan badam rangup.
Oleh Nor Faizah Mohamed


Kembaralah ke setiap ceruk dunia dan tanyakan pada penduduknya apa yang terlintas di fikiran mengenai Belgium.

Percaya atau tidak, majoriti pasti menjawab ‘coklat’, tidak kiralah sama ada dalam bentuk blok, kepingan mahupun aiskrim.

Bagi peminat aiskrim Magnum, coklat Belgium ini bukanlah bahan asing, malah paling digemari kerana keaslian dan kemewahan rasanya yang menggunakan bahan berkualiti tinggi.

Coklat Belgium adalah resipi tradisi yang wujud sejak kurun ke-17 lagi sebagai santapan kerabat diraja. Keunikan

coklat itu terletak pada kombinasi bahan, kaedah pengeluaran eksklusif dan pengawalan kualiti yang ketat.

Apa yang membuatkan coklat Belgium ini istimewa dan berada dalam kelas tersendiri ialah kandungan bahan serta proses pembuatannya.

Tiada lelemak sayuran digunakan dan coklat Belgium secara tradisionalnya diadun bersama pes koko, gula dan mentega koko untuk memberikan rasa serta tekstur yang seimbang.

Coklat Belgium jenis gelap pula majoritinya koko dan dicampur sedikit susu sementara coklat Belgium putih dihasilkan menerusi proses pengekstrakan mentega daripada koko.

Sebagai peneraju dalam industri pembuatan aiskrim, Magnum memperkenalkan inovasi terkini dalam penghasilan produk terbarunya iaitu Magnum White Almond.

Edisi terkini Magnum ini adalah tambahan kepada variasi ais-krim sedia ada dengan kelazatan berganda bersama adunan dan kombinasi sebenar salutan coklat putih Belgium dan hirisan badam rangup.

Nyata Magnum White Almond ini bukan sekadar aiskrim, malah lebih daripada itu. Ia memberi pengalaman gastronomi unik kepada penggemar aiskrim.

Rasa mewah daripada Magnum White Almond ini juga cuba mencetuskan inspirasi kepada penggemar aiskrim untuk menikmatinya dengan perasaan istimewa dan dalam cara tersendiri.

Magnum White Almond kini ­berada di pasar raya, pasar raya besar, kedai terpilih dan stesen minyak di seluruh negara.

Hadir dalam versi impulse (satu batang) pada harga RM4.50

dan turut dijual pek pelbagai pada harga pasaran RM13.50. Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Magnum www.facebook.com/magnum atau www.walls.com.my/magnum.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 November 2015 @ 5:31 AM