MANGSA banjir, Sharil Jailani, 13 (kanan), bersama ibunya, Mahani Othman, 70, membersihkan kawasan rumah yang dimasuki air di Kampung Masjid, Teluk Kumbar. FOTO Ramdzan Masiam
BEBERAPA jalan di sekitar Bayan Lepas ditenggelami air selepas hujan satu jam, malam tadi. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal
Oleh Mohd Hilmi Mahmud


Bayan Lepas: Tiga puluh tujuh orang daripada 11 keluarga dari Kampung Suluk, Jalan Gertak Sanggul dipindahkan ke pusat pemindahan sementara banjir di Dewan Perda, Teluk Kumbar, Bayan Lepas berikutan banjir kilat malam tadi.

Bagaimanapun, semua mangsa sudah pulang ke rumah masing-masing pada 8 pagi tadi selepas air surut.

Semua mangsa dipindahkan mulai 10 malam tadi selepas kediaman mereka ditenggelami air sedalam 1 meter.

Operasi pemindahan dilakukan lapan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru dan dibantu BBP Seri Balik Pulai.

Mangsa yang dipindahkan membabitkan lapan lelaki dewasa, 18 perempuan dewasa, 6 kanak-kanak perempuan dan lima kanak-kanak lelaki dan operasi pemindahan selesai pada 5.10 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 November 2015 @ 10:56 AM