Rosberg perlu bangkit bergelar juara F1 pada musim depan. Foto Reuters
Rosberg perlu bangkit bergelar juara F1 pada musim depan. Foto Reuters

Abu Dhabi: Juara tiga kali Formula Satu (F1) Britain, Jackie Stewart mahu melihat pelumba Jerman Nico Rosberg merampas gelaran juara dunia daripada rakan sepasukan Mercedes, Lewis Hamilton pada musim saingan 2016.

Rosberg sekadar muncul naib juara di belakang Hamilton yang berpeluang menjadi pemandu Britain pertama bergelar juara empat kali jika mempertahankan gelaran musim depan.

Dia mesti mengikut jejak bapanya dari Finland, Keke bergelar juara dunia 1982.

"Ia perkara bagus jika dia menang gelaran. Ia lebih menarik," kata Stewart, 76, selepas perlumbaan penutup Grand Prix Abu Dhabi dimenangi oleh Rosberg.

"Tiada apa boleh menyekat Rosberg memenangi perlumbaan. Dia pantas. Kami melihatnya banyak meraih petak depan utama. Dia lebih lancar berbanding Hamilton," katanya. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 November 2015 @ 9:11 PM