MUATAN gula bertaburan selepas lori kontena terbabas. FOTO ihsan pembaca
Oleh Shamsul Munir Safini


Nibong Tebal: Lelaki cedera di kaki dan tangan selepas lori kontena dinaiki terbalik di persimpangan Jalan Paboi, Simpang Ampat, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 9 malam itu, lori kontena yang sarat muatan gula berkenaan terbabas sebelum terbalik menyebabkan pemandunya tersepit.

Akibat kemalangan itu, muatan gula yang dibawa bertaburan di atas jalan sehingga terpaksa ditutup kepada lalu lintas.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap,Penguasa Bomba Kanan II Rosli Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan pada 9.11 malam sebelum berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Mangsa dikeluarkan sebelum dibawa ke Hospital Sungai Bakap (HSB) menggunakan ambulans.

Mangsa yang cedera di tangan dan kaki berada dalam keadaan stabil.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Disember 2015 @ 10:54 AM