AHLI keluarga di Hospital Besut. FOTO Mohammad Ishak
Oleh Mohammad Ishak


Jertih: Pelajar lelaki berusia 13 tahun ditemui tergantung dalam bilik di rumah di Kampung Gong Kemuntong, di sini, petang semalam.

Mayatnya ditemui tergantung 5.40 petang oleh abang iparnya selepas panggilannya untuk mengajak remaja terbabit ke bandar tidak disahut.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata, mayat remaja terbabit ditemui terjerut pada tali buaian yang tergantung pada alang rumah.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut tidak menemui kesan kecederaan lain pada mayat remaja itu kecuali jerutan dilehernya.

Katanya, mayatnya dibawa ke Hospital Besut untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Disember 2015 @ 2:53 PM