Keadaan kereta dinaiki doktor HOSHAS yang melanggar tiang elektrik di Kilometer 12 Jalan Jerantut-Temerloh, pagi tadi. - Foto Ihsan Pembaca
Oleh Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz


Temerloh: Seorang doktor di Hospital Sultan Haji Ahmah Shah (HOSHAS) di sini, maut manakala adiknya cedera selepas kereta dinaiki mereka melanggar tiang elektrik sebelum terbalik dalam kemalangan di Kilometer 12 Jalan Jerantut-Temerloh di sini, pagi tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 6.30 pagi itu, Loh Min Xin, 27, dari Taman Koperasi, Jerantut, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Mohd Anuar Othman berkata, ketika kejadian mangsa yang memandu kereta Hyundai Elantra dalam perjalanan dari Jerantut ke tempat kerja bersama adiknya, Loh Min Zhi, 24.

"Setiba di tempat kejadian, keretanya hilang kawalan dan melanggar tiang elektrik di bahagian kiri jalan sebelum terbalik.

"Orang ramai yang berada di tempat kejadian berjaya mengeluarkan Min Zhi yang cedera manakala mayat Min Xin dikeluarkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit angin," katanya.

Menurutnya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Disember 2015 @ 3:26 PM
Skip this ad x