Syanty Octavia Amry


Kuala Lumpur: Jenazah Allahyarham seniwati Mariani Ismail selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, di sini, 11.35 pagi tadi.

Turut hadir pada majlis pengebumian itu ialah anak-anaknya, saudara-mara dan rakan artis seangkatan.

Antara rakan artis yang hadir ialah Uji Rashid, Noorkumalasari, Datuk Shah Reza, Erra Fazira, Datin Seri Umie Aida, Salamiah Hassan dan ramai lagi.

Allahyarham meninggal dunia akibat kanser usus di rumah anaknya Siti Haslinda Abdul Hamid di Sentul, di sini, 7.32 malam tadi.

Hasil tiga perkahwinannya Allahyarham meninggalkan 13 anak.

Berita berkaitan

> Mariani pulang ke rahmatullah: http://hmtro.com/1lVm2Df

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Disember 2015 @ 12:53 PM
ANTARA yang hadir termasuk Shah Reza dan Uji Rashid. FOTO Syanty Octavia Amry
ALLAHYARHAM disemadikan bersebelahan kubur adiknya, Allahyarham Saloma. FOTO Syanty Octavia Amry