KATE belum berpeluang tunjuk bakat sebagai pelakon kerana semua tawaran bertindih dengan jadualnya sebagai model.
Oleh Ramlah Zainal


Sejak menjadi finalis Dewi Remaja 2014/15, nama Kate Davies, 25, mula terkenal dalam bidang modeling.

Bukan itu saja, gadis berdarah kacukan Melayu-Inggeris ini juga dilihat bertuah apabila terus menjadi buruan pengarah dan penerbit drama yang menawarkan tempat sebagai pelakon.

Namun, hakikatnya hingga hari ini dia belum berpeluang menunjukkan bakatnya sebagai pelakon kerana semua tawaran itu bertindih dengan jadualnya sebagai model.

Disebabkan itu, timbul dakwaan mengatakan dia mengundang masalah dengan syarikat produksi apabila menarik diri pada saat akhir dalam dua drama, baru-baru ini.

Kate didakwa menarik diri untuk berlakon drama arahan Norhan Mahmud dan drama bersiri Tersuka Tanpa Sengaja terbitan Suhan Movie & Trading Sdn Bhd.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Disember 2015 @ 5:00 AM