KERETA MPV remuk selepas dilanggar kereta yang dinaiki tiga penjenayah terbabit. Gambar kecil, tiga penjenayah ditahan selepas melanggar kereta peronda polis dalam insiden di EDL.
Oleh Mohamad Fahd Rahmat


Johor Bahru: Tiga penjenayah ditahan apabila kereta Honda Civic dinaiki terbabas selepas menghimpit MPV polis serta motosikal ditunggang anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dalam kejadian di Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) berhampiran Taman Rinting, Masai dekat sini, jam 12.10 tengah malam semalam.

Terdahulu, tiga anggota URB terserempak dengan suspek yang berada dalam keadaan mencurigakan di sekitar Kota Masai sebelum diarahkan berhenti untuk pemeriksaan.

Bagaimanapun, suspek memecut ke EDL Permas Jaya sebelum dikejar anggota URB. Pada masa sama, enam MPV dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam yang dimaklumkan berkaitan kejadian turut mengejar Honda Civic terbabit.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Asisten Komisioner Abdul Samad Salleh berkata, suspek memandu laju secara ‘zig-zag’ malah menghimpit MPV juga anggota URB.

“Bagaimanapun, tiba di simpang tiga lampu isyarat di Jalan Permas Jaya-Pasir Gudang-Kota Puteri, Honda Civic suspek terbabas selepas menghimpit MPV juga motosikal anggota URB.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Disember 2015 @ 6:06 AM