UNIK rekaan menampilkan pelbagai bentuk serta warna batu hiasan.
UNIK rekaan menampilkan pelbagai bentuk serta warna batu hiasan.
GABUNGAN batu hiasan menghasilkan motif menarik.
GABUNGAN batu hiasan menghasilkan motif menarik.
MENARIK susunan pelbagai saiz dalam satu rekaan.
MENARIK susunan pelbagai saiz dalam satu rekaan.
Oleh Nurul Husna Mahmud


Gaya berani, menonjol serta ‘ekstravagan’ antara ciri anting-anting dipasarkan butik dalam talian, The Extra Piece. Jika dulu rekaan aksesori menghiasi cuping telinga itu selalunya ringkas, kini ianya lebih versatil mengikut trend semasa.

Menurut pengasas butik berkenaan Natrah Omar, dia memulakan butik dalam talian dengan kalung rekaan sendiri mula mengetengahkan aksesori anting-anting kerana mahu melengkapi keperluan penggemar aksesori berkenaan.

“Saya mula perniagaan dalam talian sejak empat tahun lalu dan pilihan anting-anting saya jual sedikit berbeza apabila menampilkan rekaan glamor namun elegan.

“Pilihan juga pelbagai mengikut variasi pelanggan, ada kala antara mereka suka rekaan warna-warni serta tidak kurang pula sebahagian besar menyukai pilihan genre monokrom.

“Namun, perlu diingatkan penelitian saya terhadap aksesori dipasarkan selalunya memenuhi nilai estetika pemakai terdiri daripada kalangan mereka ghairah berfesyen.

“Tidak pernah mengehadkan kreativiti pemakai, saya turut mempunyai pelbagai pilihan material anting-anting. Baik logam, riben, manik mahupun tatah,” katanya.

Harga ditawarkan bermula RM100 berdasarkan rekaan serta kualiti material anting-anting dibeli. Bagi mereka yang berminat boleh melayari laman Instagram dan Facebook The Extra Piece.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Disember 2015 @ 5:01 AM