KHAIRUL Helmi (kiri) berbincang bersama rakan ketika sesi latihan.
KHAIRUL Helmi (kiri) berbincang bersama rakan ketika sesi latihan.
Oleh Norul Awatif Romli

Alor Setar: Skuad Helang Merah meletakkan keazaman tinggi untuk menghampakan harapan pasukan FELDA United melangkah ke final Piala Malaysia dengan berjuang berhabis-habisan dalam saingan separuh akhir kedua di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam ini.

Walaupun memiliki kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri, barisan pemain Kedah tetap perlu berhati-hati dengan pasukan lawan yang berjaya membenam Johor Darul Ta’zim (Johor DT) dan sudah pasti mahu membawa pulang berita gembira.

Kapten Kedah Khairul Helmi Johari atau Keon berkata, meskipun memiliki kelebihan, namun dia mahu rakan sepasukan tidak meletakkan diri di zon selesa berikutan bermain di laman sendiri.

Katanya, secara taktikal dia dan rakan lain akan cuba memperbaiki kesilapan ketika aksi di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Selayang, selain mengubah corak permainan supaya lebih kemas serta teratur.

“Strateginya tiada perubahan ketara, cuma kita akan memperbaiki kesilapan untuk tidak melepaskan jaringan dan akan cuba menambahkan gol.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Disember 2015 @ 5:21 AM