PENYIASAT mengusung mayat seorang mangsa di kaki Gunung Monserrate di Bogota.

Bogota: Pihak berkuasa Colombia semalam berkata, ia mula menyiasat kematian kira-kira 16 orang yang dipercayai dibunuh lelaki sama.

Menurut polis, mereka menemui sembilan mayat wanita selepas menangkap lelaki yang digelar ‘Raksasa Monserrate.’

Lelaki yang nama sebenarnya Fredy Armando Valencia, 34, mengaku membunuh tujuh lagi wanita dan menanam mayat mangsa di sekitar Gunung Monserrate di Bogota yang juga kawasan tarikan pelancong Colombia.

Pakar forensik semalam dikerah ke kawasan itu untuk mencari lebih banyak mayat. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Disember 2015 @ 5:08 AM