SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menyiram air mawar ketika menziarahi makam Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil di Makam Diraja Mahmoodiah, Johor Bahru. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim
Oleh Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my


Johor Bahru: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menziarahi makam anakandanya, Allahyarham Tunku Laksamana, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, di Makam Diraja Mahmoodiah pagi ini.

Baginda meluangkan masa kira-kira setengah jam di makam terbabit bermula 9 pagi untuk turut serta dalam majlis tahlil dan bacaan yasin diketuai Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin.

Turut kelihatan, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir Hasni Mohammad.

Baginda turut menyiramkan air mawar di atas pusara Tunku Abdul Jalil sebelum meninggalkan makam itu pada 9.30 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Disember 2015 @ 11:09 AM