Trak tugasan ringan, Isuzu N-Series menerima anugerah Kenderaan Tugas Ringan Terbaik dalam Anugerah Trak Tahunan anjuran Cars, Bikes and Trucks 2014, New Straits Times, baru-baru ini.

Isuzu N-Series menerima anugerah dalam kategori jentera berat kenderaan kasar (GVW) sehingga lapan tan selepas jentera itu mendominasi pasaran trak di Malaysia.

Ia juga menjadi rangkaian trak terlaris di Malaysia dalam tempoh empat tahun berturut-turut, malah mencatat jualan memberangsangkan sehingga 5,766 unit pada tahun ini.

Pengurus Besar Pemasaran dan Jualan Kenderaan Komersial Isuzu Malaysia, Mikio Tsukui berkata, pihaknya berusaha untuk menawarkan produk yang berupaya memenuhi keperluan setiap pelanggan, selain memberi perkhidmatan selepas jualan yang pantas dan efektif.

Menurutnya, anugerah itu adalah pengiktirafan terhadap usaha Isuzu untuk menawarkan produk yang boleh dipercayai de­ngan perkhidmatan berkualiti ting­gi.

"Faktor berkenaan adalah aspek penting bagi memastikan trak tugas ringan kami menjadi kenderaan komersial kegemaran rakyat Malaysia.

"Anugerah Kenderaan Tugas Ringan Terbaik ini juga membuktikan usaha dan komitmen kami dalam memastikan kenderaan mampu beroperasi dengan efisien dan tidak bermasalah," katanya.

Majlis penyampai anugerah itu disampaikan oleh Pengurus Besar Pelincir Malaysia dan Singapura, Shell Malaysia Trading, Leslie Ng.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Oktober 2014 @ 9:59 AM