Persimpangan bertingkat Seri Kembangan di Lebuhraya Maju Expressway Sdn Bhd (MEX) dibuka dibuka 13 Disember ini.
Oleh Muhammad Saufi Hassan

[email protected],com.my

Kuala Lumpur: Persimpangan bertingkat Seri Kembangan Lebuhraya Maju Expressway Sdn Bhd (MEX) akan dibuka pada 13 Disember ini.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, syarikat konsesi setuju tidak mengenakan sebarang kadar tol bagi tempoh sebulan sebagai tempoh percubaan.

"Selepas tempoh itu syarikat konsesi akan mengenakan kadar tol ditetapkan yang akan diumumkan kemudian.

"Pembukaan persimpangan bertingkat Seri Kembangan ini memberi pilihan kepada pengguna sekitar kawasan ini serta mengurangkan tumpuan kesesakan trafik untuk satu-satu laluan," katanya.

Menurutnya, kerajaan hanya menanggung kos pengambilan tanah RM20 juta manakala kos pembinaan RM112 juta, ditanggung sepenuhnya syarikat konsesi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Disember 2015 @ 3:59 PM