CX-3 model terbaru Mazda. - Foto ERYWAN NORSHAL
Oleh Erywan Norshal


Shah Alam: Bermaz Motor Sdn Bhd, pengedar eksklusif kenderaan Mazda memperluaskan rangkaian produknya dengan melancarkan jentera crossover baharu, Mazda CX-3 sebentar tadi.

Mazda CX-3 adalah model bersaiz kecil berbanding CX-5 tetapi turut menggunakan enjin 2.0 liter SKYACTIV-G dengan menyalurkan 154 kuasa kuda (hp) serta tork setinggi 204Nm.

Model kelima dalam keluarga Mazda itu masih menerapkan rekaan berkonsep KODO yang turut lengkap dengan Teknologi SKYACTIV.

Mazda CX-3 dilengkapi bumbung suria serta padanan rim 18 inci ditampilkan dengan lima pilihan warna iaitu merah, putih, hitam, kelabu serta biru yang dijual dengan harga RM131,218.50 atas jalan tidak termasuk insurans.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Disember 2015 @ 7:55 PM