Oleh Helmy Abd Rahman


Kuala Terengganu: Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 55 orang berbanding 47 sebelum ini apabila lapan lagi dipindahkan ke Dewan Sivik Gong Badak, Kuala Terengganu, hari ini.

Semua mangsa terdiri daripada 15 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan di Dewan Sivik Gong Badak dan Sekolah Kebangsaan Chendering sejak petang semalam dan pagi ini.

Dalam pada itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri menerusi laman web etindakan.terengganu.gov.my memaklumkan bahawa siren amaran banjir di Kampung Gong Terap, Setiu, dibunyikan pada jam 9 pagi tadi.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan sekitar diminta berjaga-jaga apabila paras air Sungai Chalok melepasi kadar amaran 8.03 meter, berbanding 7.70 meter.

Limpahan sungai berkenaan menyebabkan Jambatan Chalok dinaiki air yang dikhuatiri menyebabkan banjir di Kampung Gong Terap, lebih-lebih lagi dalam keadaan hujan lebat tanpa henti.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 November 2014 @ 2:53 PM
Kabinet Malaysia 2020