IHSAN Bomba dan Penyelamat
Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali

Kota Bharu: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun terpaksa menahan kesakitan lebih 30 minit selepas kepalanya tersepit di pintu jeriji besi rumahnya dalam kejadian di Kampung Lepar, Kadok, Kota Bharu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Azmi Osman, berkata pihaknya mendapat panggilan kecemasan pada 5.11 petang semalam.

Menurutnya, lima anggota bergegas ke rumah kanak-kanak berkenaan.

Katanya, sebaik sampai anggota bomba mendapati kepala mangsa tersepit di pintu jeriji besi utama dan ahli keluarga sedang berusaha mengeluarkannya.

“Kita mengambil tujuh minit untuk mengeluarkan kepala mangsa dengan menggunakan 'spreader' untuk merenggangkan pintu jeriji besi berkenaan. Kanak-kanak itu tidak cedera," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Disember 2015 @ 11:35 AM