PENDAKWAH beramah mesra bersama penduduk Kampung Padang, Sapulut, lokasi Masjid As-Syahadah selepas meniti jambatan gantung.
PENDAKWAH beramah mesra bersama penduduk Kampung Padang, Sapulut, lokasi Masjid As-Syahadah selepas meniti jambatan gantung.
SITI Fatimah (dua dari kanan) mengislamkan Kamilah Ampohol atau nama asalnya Saminggu di Musolla As-Syahadah, Kampung Pagar-Pagar diikuti bersama pendakwah.
SITI Fatimah (dua dari kanan) mengislamkan Kamilah Ampohol atau nama asalnya Saminggu di Musolla As-Syahadah, Kampung Pagar-Pagar diikuti bersama pendakwah.
KETUA Kampung Mansiang, Abdul Manan (tiga dari kanan) memperbaharui dua kalimah syahadah yang dipimpin Mohd Fadli (kanan) bersama-sama penduduk kampung.
KETUA Kampung Mansiang, Abdul Manan (tiga dari kanan) memperbaharui dua kalimah syahadah yang dipimpin Mohd Fadli (kanan) bersama-sama penduduk kampung.

Misi dakwah kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) di kawasan pedalaman Sabah membuah hasil apabila tiga masjid dan sebuah musala berjaya dibina.

Masjid berkenaan ialah Masjid As-Syahadah di Kampung Padang, Sepulut, Masjid Syahadatul Muttaqin di Pensiangan dan Masjid Kampung Samparita di Kota Marudu serta Musala Kampung Pagar-Pagar di Keningau.

Pembinaan masjid di Kampung Padang bermula dengan usaha mengukuhkan iman melalui bimbingan ibadat sehingga timbul cadangan daripada penduduk kampung untuk membina masjid kerana ruang tempat mereka bersolat jemaah makin sempit.

“Penduduk kampung sanggup ke hutan yang jaraknya berbatu-batu untuk menebang balak. Kayu seberat 1,000 tan itu kemudian dipotong dan diangkut secara bergilir-gilir oleh penduduk menyeberang sungai melalui jambatan gantung sehingga tersergam Masjid As-Syahadah.

Katanya, beberapa penderma turut menyumbang peralatan masjid, permaidani dan set alat pembesar suara untuk kegunaan masjid berkenaan.

Pada hari pembinaan masjid, seramai 11 orang memeluk Islam kerana tertarik dengan akhlak dan sikap kerjasama serta semangat gotong-royong penduduk Islam dalam pembinaan rumah ibadat itu.

“Ada penduduk memeluk Islam kerana mengetahui masjid akan dibina. Begitu juga seorang kanak-kanak yang membantu membina masjid, selepas pulang ke rumah dia menyuruh ibu bapanya memeluk Islam.

“Seramai tiga orang memeluk Islam sehari sebelum masjid itu digunakan iaitu Robert Singgah atau nama Islamnya Abdul Aziz, Pinili atau Azizah dan Andatung atau Khadijah.

Ia diberi nama As-Syahadah kerana seorang penduduk kampung, Rimin Ansalin memeluk Islam pada 9 Februari 2013 sebelum azan pertama berkumandang di masjid yang baru siap dibina. Rimin antara penduduk yang menjaga persekitaran masjid itu sebelum siap dibina walaupun dia belum memeluk Islam.

Selain solat berjemaah, Masjid As-Syahadah juga digunakan anak penduduk untuk belajar mengaji, solat, mengulang kaji pelajaran dan melakukan kerja sekolah.

Masjid Syahadatul Muttaqin, Pensiangan pula dibina hasil keinginan penduduk kampung yang memerlukan tempat lebih luas untuk bersolat kerana jumlah umat Islam makin bertambah.

Menariknya, 11 penduduk Kampung Pensiangan memeluk Islam pada 11 Februari 2014 selepas melihat kerjasama dan ukhuwah ketika aktiviti mengutip batu sungai untuk membina masjid berkenaan.

Penduduk Islam berbaris sambil mengutip dan menyerahkan satu demi satu batu sungai sesama mereka ke atas bukit untuk dijadikan tapak masjid dan hasilnya, rumah ibadat itu beroperasi sepenuhnya pada Aidilfitri lalu.

Kecekalan penduduk turut teruji apabila bekalan air tidak mencukupi untuk kegunaan wuduk, mandi dan memasak.

Berikutan itu, mereka bersama pendakwah bertungkus-lumus memasang pam untuk menyedut air dari sungai ke masjid walaupun beberapa kali gagal berfungsi.

Destinasi seterusnya membawa rombongan ke Kampung Mansiang Baru di daerah Sook, 12 kilometer dari bandar Keningau.

Kampung itu mempunyai 150 penduduk, sebanyak 30 peratus daripada mereka beragama Islam diketuai Abdul Manan Abdullah Wong yang memeluk Islam pada 22 Disember 2014.

Mansiang yang bermakna ‘banyak nama’ adalah terjemahan bahasa Cina yang diberikan orang Cina pada zaman dulu, jelas Abdul Manan atau nama asalnya Wong Kim Loi, 82 tahun.

Abdul Manan berharap surau dapat diwujudkan di kampung itu bagi kemudahan bersolat jemaah dan belajar agama untuk mendalami Islam.

Penduduk turut membaharui ikrar dua kalimah syahadah, menerima sumbangan makanan dan pakaian untuk bersolat.

Sambil berkenal-kenalan di antara satu sama lain, rombongan ziarah turut menyampaikan sumbangan makanan dan pakaian kepada penduduk beragama Islam.

Rombongan meneruskan misi dakwah ke perkampungan terakhir iaitu di Kampung Pagar-Pagar, 20 kilometer dari bandar Keningau.

Mohd Fadli turut menyampaikan kuliah sepanjang program ziarah itu bertajuk Persediaan Pendakwah, Mengapakah Sembahyang Menjadi Tiang Agama, Serban, Ajaran Islam: Akidah dan Iman’, Kisah Sebatang Pokok dan Mengapa Perlu Berdakwah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Disember 2015 @ 12:25 PM