IHSAN Bomba dan Penyelamat
IHSAN Bomba dan Penyelamat
Oleh Aizat Sharif

Kangar: Enam sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Binjai, Jalan Tanjung Tui, Utan Aji, di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perlis, berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 11 pagi.

Katanya, sebuah jentera bersama 14 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

“Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kangar tiba di lokasi 10 minit kemudian dan mendapati api sudah memusnahkan segala barangan yang terdapat dalam rumah papan satu tingkat itu,” katanya.

Katanya, kebakaran berjaya dikawal pada 11.12 pagi.

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran dan kerugian masih disiasat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Disember 2015 @ 3:28 PM