X

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan aplikasi mudah alih EPF i-Akaun kini boleh dipindah turun daripada App Store iaitu berita baik kepada pengguna iOS yang dikeluarkan Apple.

KWSP mula memperkenalkan aplikasi mudah alih EPF i-Akaun untuk Android 2.3 dan ke atas melalui Google Play Store pada Februari lalu.

Aplikasi yang ditawarkan secara percuma ini membolehkan akses akaun KWSP dengan lebih mudah seperti profil mereka, mendapatkan berita terkini mengenai KWSP serta peta lokasi pejabat KWSP.

Selain itu, aplikasi ini menawarkan kalkulator online untuk mengira anggaran caruman tahunan KWSP, jumlah yang boleh dikeluarkan untuk Pengeluaran Perumahan dan anggaran Skim Pelaburan Ahli KWSP (SPA-KWSP).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 November 2014 @ 5:01 AM
Digital NSTP Subscribe