IHSAN Bomba dan Penyelamat
Oleh Shamsul Munir Safini

Nibong Tebal: Mohd Amir Khushairi, empat tahun, yang dilaporkan hilang sejak pagi semalam, ditemui terapung di perairan Pulau Aman, pada 11.45 pagi, hari ini.

Mangsa yang dipercayai lemas itu ditemui nelayan sebelum dibawa naik dan diserahkan kepada pihak berkuasa.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal, berkata pihaknya menyambung operasi mencari mangsa, kira-kira 8 pagi ini.

Bagaimanapun, katanya, mereka dimaklumkan mengenai penemuan jasad mangsa oleh nelayan.

Menurutnya, jasad kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Hospital Sungai Bakap.

Arwah Mohd Amir dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat bermain bersama adiknya di Jeti Pulau Aman, di sini, kira-kira 9.30 pagi kelmarin.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Disember 2015 @ 1:05 PM