X
DUTA UPSI juga terbabit dengan program Kesihatan Medic Tour.
DUTA UPSI juga terbabit dengan program Kesihatan Medic Tour.
Ihsan Noorzali

Seramai 10 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dilantik sebagai duta universiti oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di bawah inisiatif kerjasama universiti untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam menyampaikan bantuan dan kemahiran terus kepada golongan luar bandar.

UPSI adalah antara universiti yang mempunyai duta universiti melebihi tujuh orang.

Seorang duta UPSI, Muhammad Norfadhli Mohd Arif, pelbagai program berbentuk kesukarelawanan, kepimpinan, pembangunan kemahiran dan sebagainya laksanakan oleh mereka.

“Kami menjalankan banyak program seperti Ultimate Tuition, Medic Tour, Step to Score, Let’s Explore English, Misi Library Pos Piah, Smart IT, Penjenamaan dan pembungkusan produk luar bandar,” katanya.

MENGADAKAN Ultimate Tuition di Sekolah Kebangsaan Sungai Behrang 2 .
MENGADAKAN Ultimate Tuition di Sekolah Kebangsaan Sungai Behrang 2 .

Semua program dilaksanakan bagi mencapai Key Performance Index (KPI) seperti yang ditetapkan oleh KPT iaitu berdasarkan empat prinsip Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS 4) yang ditetapkan iaitu berimpak, kos rendah, pelaksanaan yang pantas dan kemampanan.

Sebagai duta universiti mereka turut terbabit secara langsung dalam program Educate Malaysia, Health For Malaysia.

“Bukan itu sahaja, kesemua duta UPSI dipersiapkan dengan ilmu pengurusan program dan juga jaringan kerja yang sepatutnya bagi memudahkan mereka menjalankan tugas yang diberi,” katanya.

Muhammad Norfadhli berkata, sejajar dengan harapan KPT terhadap duta universiti, mereka sentiasa mencari ruang dan peluang bagi menjalankan program yang berimpak tinggi kepada masyarakat luar bandar.

“Begitulah teguh prinsip yang diamalkan oleh kesemua duta UPSI dalam melaksanakan program untuk sentiasa membulatkan tekad, membetulkan niat dan berbakti seikhlas hati.

Katanya, segala program yang dijalankan memberi manfaat kepada masyarakat luar bandar dan memberi contoh terbaik supaya mahasiswa sentiasa bergiat aktif dalam program yang sedikit sebanyak memberi nilai tambah dalam kemahiran insaniah sekali gus menaikkan nama universiti.

DUTA universiti yang mewakili UPSI bersama rakan dari universiti lain.
DUTA universiti yang mewakili UPSI bersama rakan dari universiti lain.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Mac 2018 @ 12:48 AM