Liza (empat dari kanan) ketika pelancaran Deepavali Webfilm ‘Thanggam’.
Oleh Helmy Abd Rahman


Petronas menyambut Festival Cahaya melancarkan Deepavali Webfilm ‘Thanggam’ bertemakan Anugerah Kita.

Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas, Zahariah (Liza) Abdul Rahman berkata, webfilm itu adalah penerokaan identiti budaya, tradisi yang memberi makna kepada rakyat Malaysia.

Dalam webfilm ini, Petronas berharap jalan ceritanya akan terus memberi gambaran berkenaan kebersamaan kita sebagai rakyat Malaysia. Ia juga rahmat yang menjadikan kita satu keluarga tanpa mengira latar belakang.

“Anugerah Kita menjemput rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat untuk menghayati, menghargai dan berkongsi rahmat yang diberikan kepada kita.

“Terima kasih kepada sejarah, perpaduan pelbagai budaya dan tradisi berwarna-warni yang dirayakan secara unik dengan bakat warganya,” katanya.

‘Thanggam’ bukan saja boleh ditonton dalam YouTube, malah turut ditayangkan di televisyen dan pawagam hingga 3 November ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Oktober 2019 @ 10:42 AM