PEMENANG acara perlumbaan e-sukan ‘Race In The City’ bergambar bersama Subramaniam.

The LINC KL baru-baru ini menganjurkan ‘Race In The City’, acara e-sukan sempena sambutan ulang tahun pertama pusat beli-belah berkenaan.

Seramai 10 peserta yang bertarung di peringkat akhir dikehendaki menamatkan perlumbaan pada permainan simulasi pada masa ditetapkan.

Gaia Eichenberger muncul juara dan berjaya membawa pulang hadiah baucar tunai The LINC KL bernilai RM2,000 selepas menamatkan perlumbaan dengan masa terpantas.

Muhammad Irfan Zohairen mendapat tempat kedua menerima baucar tunai The LINC KL bernilai RM1,500 manakala pemenang tempat ketiga memenangi baucar tunai The LINC KL bernilai RM800.

Hadiah disampaikan Pengurus Kanan PPB Group Bhd (bahagian hartanah) Subramaniam Apparow.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 January 2020 @ 6:00 AM