X
MAHU kanak-kanak dan warga emas menikmati kehidupan lebih baik menerusi projek pembangunan Kampung Malaysia di Utara Idlib Syria. FOTO Ihsan Syria Care
MAHU kanak-kanak dan warga emas menikmati kehidupan lebih baik menerusi projek pembangunan Kampung Malaysia di Utara Idlib Syria. FOTO Ihsan Syria Care
Nurul Husna Mahmud

PERTUBUHAN Kemanusian Syria Care terus giat melancarkan kempen Projek Wakaf Pembinaan Perumahan Pelarian Syria di Al Bardaqli, utara Idlib Syria bagi membantu hampir 1,460 pelarian di lokasi berkenaan.

Projek wakaf itu dinamakan Kampung Malaysia memerlukan kos sekurang-kurangnya RM2.215 juta bagi pembinaan 292 rumah berkeluasan 506 kaki persegi.

Menurut pengerusi pertubuhan itu, Siti Sakinah Meor Omar Baki sumbangan diperoleh menerusi wakaf dengan satu lot bernilai RM30 dan bagi pembinaan satu rumah memerlukan sekurang-kurangnya 253 bersamaan dengan RM7,590.

"Jumlah terkumpul setakat ini sekitar RM1.002 juta iaitu kira-kira 132 rumah. Sekarang ini dalam proses menyiapkan 100 rumah pertama bakal dilengkapi kemudahan asas bagi menampung keperluan pelarian dan keluarga mereka.

PROJEK pembinaan kediaman. FOTO Ihsan Syria Care
PROJEK pembinaan kediaman. FOTO Ihsan Syria Care

"Kempen ini akan diteruskan sehingga dapat menampung semua keluarga disasarkan dan mengharapkan ia dapat dilaksanakan mengikut perancangan.

"Perancangan asal bukan sahaja rumah atau kediaman semata-mata, kami berharap kemudahan lain seperti sekolah, masjid, pasar raya, klinik dan padang permainan dibangunkan," katanya.

Menyentuh impak kepada usaha pihaknya, kata Siti Sakinah, semestinya pihaknya berharap pembangunan kampung itu memberi peluang pelarian yang terkesan terutama kanak-kanak menikmati kualiti hidup baik, sekali gus membantu mereka membina kehidupan dan pelarian lain.

"Mudahnya dengan pembinaan kawasan perumahan lebih tersusun diharap dapat membantu memberi penghidupan lebih baik kepada ribuan pelarian yang terjejas.

"Mereka ini boleh hidup dengan keperluan asas seperti masyarakat dunia lain ada sekolah, klinik dan banyak lagi demi kelangsungan hidup.

"Mungkin dengan ini mereka ada ruang untuk bangun semula kehidupan, sekali gus membantu pelarian lain yang turut terkesan," katanya.

Kediaman setiap keluarga turut lengkap dengan dapur, bilik tidur dan ruang tamu selesa dihuni pelarian bersama keluarga.

PENYELIA Projek dan Media Syria Care, Shadi Al Uwainah melawat ruang dalam rumah pelarian. FOTO Ihsan Syria Care
PENYELIA Projek dan Media Syria Care, Shadi Al Uwainah melawat ruang dalam rumah pelarian. FOTO Ihsan Syria Care

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Jun 2020 @ 6:30 AM