AZMI dan isteri, Noor Asylynna mempromosikan menu makanan mereka di Tropicana Gardens Mall.
AZMI dan isteri, Noor Asylynna mempromosikan menu makanan mereka di Tropicana Gardens Mall.
Sri Ayu Kartika Amri

Petaling Jaya: Asam Pedas Premier Sdn Bhd komited membuka 50 cawangan francaisi di seluruh negara dalam tempoh lima tahun akan datang.

Pengarah Urusannya, Azmi Ismail berkata, buat masa ini Asam Pedas Premier memiliki lima cawangan dan satu fraincaisi.

Katanya, dalam masa terdekat ini, pihaknya membuka dua lagi cawangan tahun ini dan lapan lagi menjelang tahun depan.

"Asam Pedas Premier adalah francaisor sah yang berdaftar di bawah KPDNHEP (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) dan kami terus mengembangkan lagi rangkaian restoran melalui francais di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.

"Untuk merealisasikan sasaran, Asam Pedas Premier mendapat sokongan padu Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan mengadakan kerjasama strategik melalui program PNS, Sweet&Younity yang terbuka kepada belia berusia 21 tahun ke atas.

"PNS turut menawarkan pakej menarik dengan menawarkan pembiayaan sehingga 90 peratus dengan kadar keuntungan kompetitif kepada usahawan yang berminat menjadi francaisi," katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutifnya, Noor Asylynna Lee berkata, keunikan dan kekuatan Asam Pedas Premier adalah apabila 80 peratus makanan dibekalkan dapur utama.

Beliau berkata, restorannya menyediakan makanan asli tradisional Melayu seperti asam pedas, lemak cili api daging salai, ikan bakar, rendang ayam, kari Ayam, ikan keli goreng, sambal belacan, ulam, lontong, soto dan makanan goreng.

"Asam Pedas Premier hanya dibuka di pusat beli-belah dan kami juga turut menerima pelanggan bukan Melayu.

"Di beberapa restoran kami, ada lebih kurang 40 peratus pelanggan tetap yang terdiri daripada bangsa Cina dan juga India," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2020 @ 7:00 AM