RALAT

Kami merujuk kepada iklan Touch ‘n Go eWallet di muka hadapan akhbar Harian Metro hari ini (15 Januari 2020) yang tidak memaparkan maklumat penafian (disclaimer) seperti yang diwartakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia, berkuatkuasa hari ini.

Maklumat penafian yang sepatutnya tertera pada iklan ini adalah:

"Sah hanya untuk warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan kurang daripada RM100,000. Tertakluk kepada terma dan syarat. TNG DIGITAL SDN BHD (1256651-M)”

Berikutan arahan daripada pihak kementerian, semua pengendali perkhidmatan eDompet dikehendaki memaparkan maklumat penafian seperti yang tertera.

Oleh yang demikian, pihak penerbitan memohon maaf atas kesilapan ini. Segala kesulitan amat dikesali.