SEDIA pelbagai aktiviti menarik termasuk penampilan watak popular siri Pokemon, Pikachu.
Syanty Octavia Amry
soctavia@hmetro.com.my


Animonsta Studios Sdn Bhd atau dikenali dengan Monsta yang terkenal dengan siri animasi BoBoiBoy Galaxy akan mengadakan karnival mini berjudul Monsta Galaxy 2017 di pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya mulai 26 Ogos hingga 3 September ini.

Dalam karnival yang bermula jam 10 pagi hingga 10 malam itu, pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung di antaranya perlawanan BoBoiBoy Galaxy Card, Pertandingan Cosplay BoBoiBoy, pertandingan mewarna dan sand art.

Selain penampilan istimewa Pikachu, watak popular dari siri Pokemon, peminat juga boleh bertemu dan bergambar bersama BoBoiBoy dan kawan-kawannya.

Pengunjung juga berpeluang menyaksikan koleksi kereta mainan TOMICA versi BoBoiBoy Galaxy hasil kolaborasi dengan syarikat mainan Takara Tomy.

Model kereta mainan berkenaan buat pertama kalinya akan dipamerkan kepada umum.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Ogos 2017 @ 4:45 AM