Izzy mendapatkan rawatan selepas terbabit kemalangan. FOTO IZZY Z
Izzy mendapatkan rawatan selepas terbabit kemalangan. FOTO IZZY Z
Ridzuan Abdul Rahman


PELAKON Lelaki Terbaik Festival Filem Antarabangsa Kazan, Russia menerusi filem Redha pada September lalu, Izzy Zulkhazreef, 17, bersyukur apabila terselamat selepas terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Persekutuan, Kuala Lumpur, tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, Izzy atau nama sebenarnya Izzy Zulkhazreef Zulkefli dalam perjalanan pulang selepas menjalani penggambaran drama Rahmat Kasih di Shah Alam.

Izzy berkata, ketika kejadian dia memandu sendirian dalam keadaan cuaca hujan.

€œKetika sedang asyik memandu di lorong kanan, kereta di depan tiba-tiba berhenti mengejut membuatkan saya juga terpaksa mengambil tindakan serupa.

"Dalam masa sama, sebuah kereta lain di belakang yang tidak sempat berhenti menghentam kereta saya. Hentaman yang kuat ini menyebabkan kereta saya terdorong sehingga melanggar kereta di depan pula," katanya.

Izzy berkata, hentaman itu membuatkan kepalanya terhantuk ke stereng dan mengalami luka kecil.

€œWalaupun kerosakan kereta agak teruk, tapi saya bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan serius,€ katanya yang kemudian membuat laporan polis.

Izzy berkata, kejadian berlaku apabila kereta di paling hadapan terpaksa berhenti mengejut kerana ada pembinaan yang dibuat tanpa meletakkan kon keselamatan.

€œKejadian ini juga membuatkan saya agar lebih berhati-hati ketika memandu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Ogos 2017 @ 8:31 PM