CHE Ta belum rancang tambah anak. FOTO Arkib NSTP.
Nor Akmar Samudin


“Saya tak hamil, semua itu usikan saja. Kalau betul hamil, saya tak akan sembunyikan perkara yang baik,” kata pelakon popular Rozita Che Wan mengenai dia disangka hamil selepas memuat naik gambarnya di Instagram yang kelihatan seperti sedang hamil.

Rozita, 44, yang mesra disapa Che Ta berkata, jika benar dia hamil, dia sendiri teruja untuk berkongsi berita gembira itu dengan peminat dan media.

Che Ta tahu peminat mahunya hamil lagi tetap dia belum bersedia untuk menambah bilangan anak.

“Mungkin kerana badan saya sedikit berisi, ada yang ingat saya hamil. Saya lebih percaya kepada kualiti berbanding kuantiti. Buat masa ini cukuplah dengan tiga anak dulu. Saya mahu berikan yang terbaik kepada mereka termasuk pendidikan. Kalau ada anak ramai tetapi tak mampu nak membahagiakan mereka pun tak seronok juga," katanya.

Rozita berkahwin dengan pelakon Zain Saidin pada Disember 2013 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia tiga tahun.

Menerusi perkahwinan pertama, Che Ta dikurniakan dua anak lelaki iaitu Ammar Effendy, 21, Aniq Ezzra, 19.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Oktober 2017 @ 5:55 PM